Wednesday, December 16, 2009

Puisi Merayu - Cintaku Tiada Dua

Seandainya mampu ku petik sang rembulan mengambang
buat menerangi kamar malammu
Sombonglah aku terhadap kekuasanNya
Itulah sekadar impian pengorbanan cinta suci.
Sekiranya dapat ku kutip bintang-bintang
mengerdip indah di serambi diniharimu
Bongkaklah aku pada kebesaranNya
Itulah sekadar khayalan pemberian kasih tanpa syarat.
Jika sombong dan bongkak merajai pekertiku
Andai berkelana tujuh benua melewati seluruh kehidupanku
Tidak lain hanyalah keranamu.
Bahasa apakah yang paling indah buat pengertianmu
Sebagai pernyataan dalamnya cintaku
Ingin ku syairkan buatmu
Ketahuilah olehmu
Kasih insaniku tiada duanya.
Pintu kamar cintaku sudah kukunci buat selain daripadamu
Insan teristimewa menghadiri seluruh hayatku.
Jika manusia layak dipuja
hanya engkau jadi pujaanku
Selepas kasihNya
hanya ku dambakan kasihmu.
Dengarkanlah rayuan cinta tulus dari nuraniku
Wahai cinta hatiku.


Oleh
Mercy Dewy
16 Disember 2009

No comments:

Post a Comment

Anda suka atau tak suka puisi-puisi? Sila beri komen